|
RM1 million robbery at Bukit Tinggi
|
|
07-29-2008, 11:45 PM
Post: #1
|
|||
|
|||
|
RM1 million robbery at Bukit Tinggi
Tiga lelaki rompak jam RM1 juta
![]() KLANG: Mereka berpakaian seperti eksekutif dengan berkemeja, bertali leher serta membawa fail. Orang ramai pula menyangka mereka mengira stok jam tangan berharga puluhan ribu ringgit tanpa menyedari lelaki itu ialah penyamun dan taktik yang digunakan membolehkan penjenayah terbabit menjadi jutawan segera dengan hasil samun mencecah RM1 juta. Itulah senario kejadian samun membabitkan kedai menjual jam tangan berjenama di sebuah pusat beli-belah di Bandar Bukit Tinggi di sini, pagi semalam, tanpa sebarang tembakan dilepaskan tetapi mencukupi dengan hanya menunjukkan sebilah pisau disorokkan dalam fail kepada tiga pekerja. Drama rompakan yang hanya berlangsung 20 minit itu berlaku ketika tiga pekerja kedai berkenaan baru untuk memulakan perniagaan pada pukul 10.15 pagi. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, rompakan berlaku ketika tiga pekerja kedai itu baru membuka kedai sebelum dimasuki ketiga-tiga suspek yang berpakaian kemas serta membawa beg dan fail . Katanya, salah seorang daripada penjenayah berpakaian pejabat itu mendekati dua pekerja lalu menunjukkan pisau yang disorok di dalam fail dan memaksa mereka masuk ke bilik pengurus kedai. “Dua penjenayah pula mengugut seorang lagi pekerja membuka cermin pameran dan mengeluarkan jam dari peti simpanan kedai jika mahu dua rakannya yang berada di dalam bilik selamat. Sebaik saja dibuka, kedua-dua penjenayah terus membuka fail dan berpura-pura seperti menandakan borang stok sambil memasukkan jam tangan ke dalam beg,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Menurut Mohamad, tindakan ketiga-tiga suspek dilihat oleh pengawal keselamatan premis terbabit tetapi tidak menyangka ketiga-tiga suspek sedang melakukan rompakan memandangkan salah seorang perompak bertindak mengambil nota tentang barangan di kedai terbabit. Katanya, siasatan awal mendapati kesemua suspek berusia 20-an itu telah merancang rompakan itu kerana mereka tahu kedudukan kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit. “Penjenayah terbabit juga dipercayai menggunakan sebuah kereta yang menunggu di luar sebagai persediaan untuk melarikan diri. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. SOURCES: http://www.sinarharian.com.my/selangor/c...789122.asp http://www.nst.com.my/Current_News/NST/T...index_html http://www.hmetro.com.my/Current_News/my...index_html |
|||
|
07-29-2008, 11:58 PM
Post: #2
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
jiorrrr...so scary la....last time robbery in TESCO Poh Kong, then now this in Bkt Tinggi..
|
|||
|
07-30-2008, 12:04 AM
Post: #3
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
tesco 1 use gun, this 1 use tie.... impressive.
|
|||
|
07-30-2008, 12:05 AM
Post: #4
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
no matter how they dressed..it's still robbery...
|
|||
|
07-30-2008, 03:52 AM
Post: #5
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
ya la..no matter got CCTV or security guard or not, the fact that another big robbery case is happening in Klang again doesnt reflect well lor...
how to ask ppl to come to Klang and invest money? haiz..
|
|||
|
07-30-2008, 10:33 AM
Post: #6
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
now we need to see where they are disposing the watches
Malaysia Classifieds | Funky Junk | Malaysian Food |
|||
|
07-30-2008, 01:02 PM
Post: #7
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
on lelog.com.my lar, where summore
now will have branded watches for sale Self-defence, rock climbing, cross-country, swimming, makan makan ... PM me if you're looking for an activity buddy! http://goodsh.blogspot.com/ |
|||
|
07-30-2008, 01:03 PM
Post: #8
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
if someone come up to u and sell a watch for rm25, better buy it quick!
Self-defence, rock climbing, cross-country, swimming, makan makan ... PM me if you're looking for an activity buddy! http://goodsh.blogspot.com/ |
|||
|
07-30-2008, 05:18 PM
Post: #9
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
Buying stolen item will encourage the theif to steel. What if the next time they strike.... they killed someone. So never buy anything stolen.. No demand they will not look for supply. Let's us all join hand and fight crime.
|
|||
|
07-30-2008, 05:20 PM
Post: #10
|
|||
|
|||
|
RE: RM1 million robbery at Bukit Tinggi
this happened in jusco bbt rite?
i dont mind buying those watches at discounted price
|
|||
|
« Next Oldest | Next Newest »
|
Current time: 01-09-2009, 03:41 AM
Powered By MyBB, © 2002-2009 MyBB Group.
Theme created by Justin S.
Belanjawan | Myanmar Business Directory
Belanjawan | Myanmar Business Directory






